TINGKATAN 6 DAN PUTUS ASA ?

01:59





Allah tidak membebankan seseorang melainkan dengan kesanggupannya  (Al-Baqarah: 286)

Ini aku perihalkan dari pengalaman aku. Berdasarkan pemerhatian aku dan berdasarkan pembacaan aku. terpulang sama ada nak ambil bahagian positif isi isinya atau terus mencari sisi sisi buruk, pilihan di tangan engkau; sebagai pembaca. Aku cuma minta bukakan minda untuk menerima dan bukan cari perbalahan semata. 

Aku lihat ramai yang membanding antara Diploma , Matrikulasi dan Tingkatan 6. Kebanyakannya akan membuat penilaian berat sebelah yang aku kira tidak adil bagi sesetengah pihak. Dan aku juga rasa ramai yang masih memandang rendah dengan kemampuan pelajar-pelajar Lepasan STPM. Masih lagi mempertikai lepasan Matrikulasi dan masih was-was dengan kelebihan Diploma. Aku tak tahu itu minda kelas keberapa, yang paling rendah, mungkin? Orang tak matang mencari perbalahan manakala mereka yang matang mencari kebenaran. 

STPM SUSAH ???
SIJIL MATRIKULASI TAK LAKU ???
DIPLOMA BOLEH DEMAND GAJI TINGGI ???

Aku buka entry ni dengan satu potongan surah. Tuhan tak membebani kita dengan sesuatu yang kita tak mampu dan kau pun tahu itu. Apa pun pilihan yang dibuat itu adalah pilihan yang terbaik. Sama ada kau pilih untuk sambung STPM, Matrikulasi atau Diploma. Semua ada kelebihan dan kekurangan masing masing. Jangan dengar cakap cakap orang dan setiap kamu ada pendapat yang berbeza, kemampuan yang berbeza, tahap pembelajaran yang berbeza tapi semua kita ada matlamat yang sama iaitu untuk berjaya.

Aku akan lebih menyentuh perihal Tingkatan 6 sebab ini haluan yang telah aku pilih. Yang telah aku tempuh. Yang telah aku sendiri rasai pahit dan manisnya. 

Tingkatan 6 

Aku yakin semua dah sedar dan tahu apa itu tingkatan 6. Kalau tak tahu tu silalah google dan jangan jadi pemalas. Diakui STPM adalah assesment yang ke-3 tersusah di Asia Tenggara dan ke-7 tersusah di dunia. Kau yang tak nak masuk Tingkatan 6 ni sebab takut susah atau kau jenis yang malas belajar dan mengharap benda yang relaks dan senang. Dang! Kalau kau jenis macam ni, aku tak sarankan kau masuk Tingkatan 6. Sebab Tingkatan 6 bukan untuk orang orang yang malas. Tingkatan 6 ni untuk mereka yang dah pernah gagal dan ingin bangkit menebus kejayaan rajin.

Masuk Tingkatan 6, hati kau kena betul betul cekal (sebabnya refer perkataan bold diatas). Tingkatan 6 ni proses mematangkan cara kau berfikir terutama dalam subjek Pengajian Am. Tingkatan 6 juga boleh melatih tahap kecekapan kau membuat keputusan secara kritis melalui subjek Ekonomi/Akaun/Pengajian Perniagaan. Tingkatan 6 juga tak perlukan mereka mereka yang konon nak belajar semata mata tanpa penglibatan dalam kokurikulum. Sebab Tingkatan 6 merupakan platform untuk mengasah bakat bakat kepemimpinan melalui penglibatan dalam Sukan, Kelab dan Persatuan. Dan aku jamin, lepas je kau keluar STPM, kau akan jadi seorang yang holistik sama ada dari sisi pembelajaran atau kepimpinan. 

Yuran Tingkatan 6 dibiayai penuh oleh kerajaan cuma kena bayar yuran PIBG yang berbeza mengikut sekolah, RM 100.06 untuk yuran MUET dan kalau kau nak repeat paper kena bayar RM50/paper. Tingkatan 6 lebih murah dan jimat. Aku habis lebih kurang RM1000 untuk perbelanjaan Tingkatan 6. RM400 untuk beli buku - aku sarankan untuk lebih jimat, beli buku buku secondhand (RM250 sumbangan daripada Baucer Buku), RM 200 untuk yuran PIBG termasuk Hari Graduasi Tingkatan 6. Repeat paper Sem 1 dan Sem 2 sebanyak RM 300. See, tingkatan 6 sangat jimat. Yang paling penting lepasan STPM ni bebas hutang. Jadi, tahniah untuk mereka yang memilih Tingkatan 6!

Kenapa aku pilih Tingkatan 6 - Sebab aku tak dapat kos yang aku betul minat. Aku dapat Diploma Pengurusan UiTM Merbok. Tapi pengurusan bukan bidang aku. Dan aku yakin Tingkatan 6 ada sesuatu yang aku betul betul inginkan. Dan sekarang, aku tak menyesal dengan keputusan yang aku buat.

"Aku yang memilih laluan ini untuk ditempuh, jadi setiap pilihan itu sesuatu yang dipertanggungjawabkan untuk dipikul"

Aku sendiri dah rasa macam mana susahnya nak genggam kejayaan. Aku sendiri dah rasa putus asa. Aku sendiri rasa down dengan result Sem 1, STPM. Aku sendiri rasa 'Im really done with life." Tapi ada sesuatu yang membuat aku terus melangkah.

Belajar ini satu tanggungjawab. Tanggungjawab untuk memajukan diri, tanggungjawab untuk perbaiki ekonomi, tanggungjawab untuk menggapai mimpi, tanggungjawab untuk penuhi impi. Dan tanggungjawab ini harus dipikul sebaiknya. Jangan masuk Tingkatan 6 untuk seronok seronok. Umur macam ni bukan untuk seronok seronok lagi. Dah tiba masa untuk berfikir untuk masa depan. Dah tiba masa untuk cari haluan. Dah tiba masa untuk bina kejayaan.

Ini result Sem 1 STPM. No A's at all. Aku bermatian masa Sem 1. Tak cukup tidur. Aku focus, aku join group discussion, dan ini yang aku dapat? Tak berbaloi langsung! Masa ni remuk gila hati aku. Sumpah! Aku dah mula rasa putus asa. Aku rasa menyesal pilih Tingkatan 6. Aku mula was was dengan pilihan yang aku buat. Dan ya, aku mula rasa terbeban dengan tingkatan 6. Tapi aku teruskan. Aku rasa semua ni ada sebab kenapa aku tak dapat score. Mungkin aku belum cukup usaha. Ya! belum cukup usaha.

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” 
(Surah Ar Rad ayat 11)

Ayat ni semakin kuatkan aku. Aku yang kena ubah diri. Aku yang mampu untuk usaha lebih kuat. Aku yang mampu untuk buktikan aku boleh. Hanya aku. Galakkan daripada keluarga tak pernah putus. They kept supporting me. They kept motivate me to keep going. Aku pilih untuk ubah. Ubah cara aku untuk aku berjaya. Aku tingkatkan usaha. Dan aku tingkatkan doa. Sebab usaha aku, penat lelah aku takkan berbaloi tanpa redha Tuhan. Sesibuk sibuk kita sebagai pelajar jangan  lupa Tuhan. Jangan pernah.

Dan lepas aku ubah segalanya aku dapat sesuatu yang indah. Sangat sangat indah. Apa yang aku ubah sebenarnya? Aku ubah cara aku pandang Tingkatan 6. Aku ingat tingkatan 6 ni terlalu susah sampaikan aku terlalu stress dan aku sendiri tak mampu nak positifkan diri. Aku tak enjoy Sem 1 aku sebagai pelajar. Dulu aku terlampau focus belajar sampai aku lewatkan solat. Yes. Itu punca aku tak berjaya. Belajar itu jihad, tapi, tanpa doa, jihad itu sia sia. Ini yang aku dapat lepas aku ubah diri aku ;-


Siapa sangka aku yang awal awalnya tak de A langsung. Yang tak de harapan score dalam tingkatan 6. Yang awalnya kecundang. Akhirnya aku mampu untuk dapat result ni untuk kertas Ulangan Sem 1. Aku mampu dan aku berjaya harungi. Ini kejayaan kecil aku. Tapi aku dapat rasa kepuasan disebalik penat lelah ni. Aku rasa puas ada air mata gembira dari mak. Aku rasa puas disebalik tanggungjawab aku sebagai ketua pelajar aku mampu bahagikan masa aku. Aku puas sebab aku gunakan sebaiknya peluang yang aku ada. Aku puas sebab aku tak sia-siakan peluang aku di Tingkatan 6. Aku puas sebab aku dan kawan kawan sama sama berjaya.

Entry ni bukan nak bangga. Tak. Bukan. Ini nak buang minded kau yang negatif pasal tingkatan 6. Semua benda pun susah kalau tak de usaha. Alami dan rasai sendiri pengalaman tu baru kau berhak nak judge lepasan Tingkatan 6. Aku boleh dan mampu bercakap tentang Tingkatan 6 sebab aku sendiri alami dan aku sendiri lepasan STPM. Cukup la minded kau yang jenis banding membanding antara STPM, Matrikulasi dan Diploma. Cukup cukup la kau kata Diploma lebih baik, Matrikulasi lebih cemerlang. Aku ulang lagi, STPM, Matrikulasi dan Diploma masing masing ada kelebihan dan kekurangan. Tak perlu nak cakap Matrikulas lebih tinggi dalam pemilihan UPU, Diploma lebih baik. Tak. Semua ada hak masing masing. Negara kita ada sistem. UPU sendiri ada sistem untuk kemasukan pelajar ke UA. So tak perlu merendahkan satu sama lain. Aku tak masuk Diploma, tapi aku tak rendahkan mereka yang ambil Diploma. Aku tak apply matrik dan aku tak rendahkan lepasan matrik. Masing masing ada kelebihan.

Cuma, kalau kau lebih cenderung untuk ke bidang Sains, aku sarankan untuk masuk Matrik sebab lepasan Matrik aliran Sains lebih ramai yang score pointer 3.5 keatas berbanding lepasan STPM. Sekolah aku daripada 28 pelajar score 3.5 dan keatas hanya 9 orang pelajar Aliran Sains. Dan kalau kau jenis suka belajar yang lebih mesra-uni kau sepatutnya ambil diploma. Ketahui kelebihan dan kekurangan diri, tahu matlamat hidup dan arah tuju hidup kau dan buat pilihan. Sebab tak de siapa yang lebih kenal kau selain diri kau sendiri. Pandai pandai buat keputusan dan jadikan keputusan itu yang terbaik pernah kau buat.

Setiap pilihan yang dibuat, jadikan itu yang terbaik. Aku pun pernah putus asa. Aku pun pernah kecewa. Aku pun pernah gagal. Tapi aku tebus dengan segala peluang yang aku ada. Moga moga Tuhan sentiasa beri kita yang baik baik :)




You Might Also Like

30 comments

  1. wah sis met! loves your entry <3

    ReplyDelete
  2. bagi saya setiap pengajian ada ujian masing2. sebagai alumni diploma, yes ada sedikit free untuk enjoy dan itulah ujian besar kami. kene deal dgn 'enjoy' tu. ujian form6, tahap kesukaran. matrik pun ada ujian ada. yg malas je judge ikut suka ni.

    helloaiman

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum...
    Boleh saya nak Tanya sedikit sebanyak pasal STPM nie?
    Saya calon persendirian....
    Tapi xde guru langsung...
    Harap penulis boleh bantu saya...
    Ye, saya sedang putus asa...
    Tolong yea?
    Ni nombor Whatsapp saya
    011-3941 6960

    ReplyDelete
  4. May Allah ease everything for you :)

    ReplyDelete
  5. Kalau f4 dan f5 xdak basic ekonomi nak ambil subjek ekonomi wktu f6 tkpe ke??

    ReplyDelete
  6. Tak apa. Ramai orang yang saya kenal, tak nak aliran sains masa STPM pilih subjek sastera, macam BM, Ekonomi, Akaun. Jangan risau, boleh je pilih. Ada juga orang yang tak pernah ambil subjek sains masa Form 4 dan Form 5, pilih subjek sains masa di Form 6, dan berjaya masuk Universiti. Macam dekat sekolah saya masa saya belajar Form 6 dulu. Semuanya ada di minda dan niat. Semoga berjaya. :) 😀😀😀😀😀😀

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg x dak basic sub.sains tu boleh survive ka dlm kelas sains waktu stpm?

      Delete
  7. Tq Untuk perkongsiannya... semoga kita semua berjaya dunia dan akhirat Aaminn

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum, sy dah masuk matrikulasi tapi sy rasa seperti pilihan sy ini salah.. sy telah dikaburi dgn kegembiraan ayah sy yg betul² nak sy masuk sni.. sy rasa nak berhenti dari sni dan sambung f6 tapi sy takut nak kecewakan ayah sy

    ReplyDelete
    Replies
    1. belajar betul ii, saya rasa kecewa sbb dh kecewakan ayah saya . sbb saya stop f6 . slgi blh bljr usaha betul ii . jgn smpai satu tahap mnyesal dgn kputusan sndiri dgn kcewakan mak ayah "). saya dh rasa . so saya sarankan belajar betul ii ye")

      Delete
  9. Abg prepare brp minggu utk repeat sem1??

    ReplyDelete
  10. Perasaan aku lepas baca ni aku rasa hati aku berbalik balik..nak berhenti ke atau teruskan aku baru sem 1 ... tapi aku rasa aku orng paling. Bodoh dlm class ni...kalau aku berhenti fr6 ni aku rasa aku dah kecewa hati mak aku...kalau aku teruskan aku tak lah keputusan sem sem yg akan dtng...ya Allah ...penat lah mcm ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama ah kita.. rasa beban gila tambah² classmate toxic

      Delete
    2. Hmm sama lah 😌..toxic ni ada kat mana2 je

      Delete
    3. Betul tu saya pon rasa macam nk berhenti je dah la duk asrama. Jauh pula tu dgn ibu saya

      Delete
  11. Aku sekarang rasa mcm nk berhenti and mnyesal bila msuk form 6 ni tpi bila igt kan balik tntg harapan mak aku bila aku masuk form 6 xsampai hati pulak nk berhenti.Aku rasa mcm agak down sekarang dgn result trial aku sbb aku yg paling rendah dlm subjek pngajian am.

    ReplyDelete
  12. Aku gagal dalam subjek Pengajian Am masa sem 2 tapi lulus subjek2 yg lain. Sem 1 dan 3 aku lulus semua subjek so boleh tak aku apply UPU dengan result sem 1,2,3 tapi PA sem 2 gagal?

    ReplyDelete
  13. Saya baru lepas jawab exam stpm bm tadi... and saya kecewa sangat sangat sama juga dengan geo 😌 dan saya berharap minggu depan isnin exam paper seni visual saya boleh score hm🙃
    Kalau ikotkan saya takmau repeat tapi disebabkan oleh paper yang saya jawab sebelum sebelum ni meyakinkan saya untuk repeat di sem 2🙃

    ReplyDelete
    Replies
    1. Trjumpa komen ni...tringt ...sye pun kluar rsult bm sem 1..hampa jugx...sbb trial bleh score A-....maybe trsilp jwb esei

      Delete
  14. Wah!!!its really motivating me....im also a stpm student....now im doing my sem1 exams...i dah rasa nak putus asa...but when i read your articel....its really motivating

    ReplyDelete
  15. hi nak tanya kalau kita nak tambah subjek STPM yg tak ditawarkan di sesebuah sekolah tu boleh ke?

    ReplyDelete
  16. Habis sem 3 nanti, I'll come back here. Kata-kata awak semangat betul. Saya selalu sangat rasa give up, rasa nak berhenti and kerja terus just because saya yang terlalu takutkan kegagalan. Sebab result sem 1 30/6 haritu pun, saya nak mengulang 3 subjek

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ulang 3 subjek, dan tahu peritnya macam mana. Sekarang dalam fasa nak fix balik semua

      Delete
  17. Terima kasih banyak atas perkongsian di Tingkatan 6..sayu je saya baca..saya juga amik f6 skrng dh nk hbis Sem 2..Itupon dalam dilema nak berhenti f6..pada sya yg beban dlm sem 2 ni kerja kursus je tpi tulah yang membantu kita untuk naikkan pointer kita..

    ReplyDelete
  18. Aku baru habis jawab soalan pengajian am sem 2.. aku rasa down gila sebab tak dapat habiskan semua soalan.. aku malas aku tak banyak buat ulangkaji. Aku lambat sedar.. Perintah Allah pun aku buat main main.. aku takut..aku tak nak gagal. aku nak masuk universiti..

    ReplyDelete
  19. Nak tanya,bro spm aliran apa ye? And ekonomi susah tak sbb saya mcm minat,tp tak pernah ada basic

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cg aku ckp xde basic xpe tapi eko nih senang .tapi aku pun 50/50 nk sambung f6 nih haih

      Delete