ADAKALANYA TUHAN ..

02:35




Adakalanya Tuhan menciptakan jarak bukan memisahkan dua jiwa yang saling bersentuhan. Jarak itu hanya sekadar mengujimu tentang beberapa perkara. Soal kesetiaan, soal kebergantungan pada-Nya juga soal mempercayai ketentuan Dia.

"Dengan adanya jarak, maka, Tuhan ciptakan perasaan juga rasa rindu yang harus dipelihara."
Adakalanya Tuhan memberi kesakitan bukan atas alasan mahu beri hukuman. Sakit itu tentang bagaimana Tuhan melimpahkan kasih pada sang hamba yang makin alpa. Tentang bagaimana Tuhan meninggi darjat hambanya. Sama ada ditemani keluh kesah meniti waktu atau redha dengan takdir yang ditentu

"Sakit yang menjadi perantara Tuhan dan makhluknya."

Adakalanya Tuhan memberi pelbagai rasa yang sukar ditafsir keadaannya. Sedih bukan gembira juga bukan. Rasanya seperti jiwa mendesah namun ada juga seperti hati sedang gelora. Saat itu, mungkin petanda bahawa rohani makin leka. Sayangnya Tuhan, dia beri masa untuk kembali pada jalan Nya.

You Might Also Like

3 comments

  1. Adakalanya Allah menguji kita dengan pelbagai ujian dan dugaan. Bukan kerana Allah tak suka kita. Tapi Allah mahu kita lebih mengingati dan mendekatkan diri kita pada dia. kan met

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul! Tanpa ujian kita makin lupa. Sebab tu ramai yang menjadi Tuhan

      Delete