Mengalah

19:51



Mengalah bagiku bererti mati,
Mengalah bagiku bererti lenyap,
Mengalah bagiku bererti kehilangan,
Mengalah bagiku bererti mencemar maruah,
Mengalah bagiku juga dayus pada amanah,
Aku tidak mahu nusyuz pada takdir,
Jua tidak berfasakh pada nasib,
Apa lagi mohon khulu' pada ketentuan,
Dalam pasrah, dalam reda ,
Aku tidak sesekali berputih mata
Menyerah bukan jalan pintas
Yang menjanji bahagia
Aku mahu tempuh hingga rebah rempah
Biar kakiku tersadung duri pidana
Biar kutahan hingga tetrtarik nikmat hidup oleh-Nya

You Might Also Like

0 comments